sebagai Hamba ALLAH aku sayang padanya

Sunday 6 January 2013

.::PRACTICUM SITE::.


SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK

Kampung Kopok diasaskan dan dibuka oleh seorang Pahlawan Bugis termahsyur yang bernama Daeng Kopok pada kurun ke 17 (pada tahun 1940an). Pada awal pembukaan kampung ini, terdapat banyak tupai terbang yang di panggil Wallang Kopok di dalam Bahasa Jawa. Sempena dengan kedua-dua nama tersebut, maka kampung ini dinamakan Kampung Kopok. Ia juga adalah sempena memperingati kemasyhuran Kampung Kopok dan bukan sahaja nama kampung tetapi sekolah ini terletak di dalam Kampung Kopok. Kampung Kopok ini terletak kira-kira 15km daripada Pasir Gudang.
Sekolah Kebangsaan kopok dibuka pada tahun 1954. Sekolah pertama dibuka untuk anak-anak kampung ini ialah pada tahun 1950 di sebuah bangunan papan. Sekolah ini dibina secara bergotong-royong oleh penduduk awal Kampung Kopok. Keluasan sekolah ini pada awalnya ialah 2.5 ekar (1 hektar). Nama sekolah ini diambil sempena nama Kampung Kopok. Guru yang pertama ialah Encik Abdul Rahman bin Limat. Bilangan murid asal ialah 40 orang dan bilangan kelas asal ialah 4 buah bilik darjah.
Pada tahun 1981, bilangan guru bertambah kepada 6 orang dan pada tahun 1988 bilangan murid bertambah kepada 100 orang serta bilangan guru juga bertambah kepada 8 orang. Pada tahun 1988 juga, bangunan sekolah bertambah kepada 3 buah (2 bangunan lama dan satu bangunan baru dua tingkat dibina secara pasang siap).
Pada tahun 1989, bangunan lama sekolah ini kemudiannya diganti dengan bangunan baru yang kemudiannya dirasmikan oleh Y.M Tengku Mahkota Johor iaitu Tengku Ibrahim.
Pada tahun 1997, sekolah ini telah dipindahkan ke tapak yang sedia ada sekarang (Kampung Kopok Baru) selepas Kampung Kopok diambil alih oleh Kerajaan Johor untuk pembangunan.

VISI SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang 

MISI SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK
  1. Melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik.
  2. Melahirkan murid yang aktif dalam kokurikulum.
  3. Memastikan disiplin murid sentiasa pada tahap yang tinggi dan berakhlak mulia.
  4. Mengeratkan perhubungan antara ibu bapa serta komuniti.
  5. Memastikan persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan selamat.
  6. Meningkatkan budaya kerja yang efisyen.

LOGO SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK

                      
WARNA        : Merah, Putih dan Biru
                          Warna asas bendera negeri Johor
  Kuning
  Warna Diraja (taat setia kepada pemerintah)

GRAFIK        : Perisai (Kuning) dan Tapak (Merah)
                          Asas kukuh bagi menyokong dan melindungi prinsip-prinsip yang didukung
                          Tiga Bulatan
                          Aktif dalam sukan
                          Jangka Lukis
                          Meningkatkan mutu teknologi dan kesenian tradisional
                          Kanak-kanak Membaca (Putih)
                          Murid yang rajin belajar
                          Roda Teknologi (Merah)
  Terus berusaha ke arah kemajuan berteraskan teknologi
  Mercu Tanda (Biru)
                          Berusaha mencapai kejayaan


MATLAMAT SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK
  1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat, setia dan bersatu padu.
  2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
  3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.
  4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK
Sekolah Kopok yang ku cinta
Bakti mu sungguh mulia
Harum nama mu besar jasa mu
Kaulah kebanggaanku
Gedung ilmu yang ku sayangi
Bina kami hidup gemilang
Kaulah ku sayang
Dikau ku kenang
Jasa mu tak terbilang
c/o: Wahai guru ku
Bimbinglah kami
Maju belajar setiap hari
Harapan kami bila dewasa
Berguna pada bangsa dan negara
Semangat rajin dan usaha
Jadikan amalan kita
Belajar belajar usaha maju
Kata slogan kita
Sekolah Kopok yang ku cinta
Baktimu sungguh mulia
Harum nama mu besar jasa mu
Kaulah kebanggaanku

No comments:

Post a Comment