sebagai Hamba ALLAH aku sayang padanya

Monday 6 May 2013

UNDANGAN MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V 9-10 SEPTEMBER, BILIK SENAT, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI.

UNdangan Membentangkan Kertas Kerja Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V 9-10 September, Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Fakulti Pengajian Islam, UKM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V pada tarikh dan tempat yang dinyatakan. Nadwah juga mendapat kerjasama dengan pihak TV3 sebagai rakan media.

Tema Kertas Kerja :
1) Biografi ulama dan sumbangan mereka. 
2) Ketokohan ulama nusantara. 
3) Ulama dan epistemologi nusantara.
4) Ulama dan kebangkitan Islam.
5) Jaringan ulama nusantara dan timur tengah.
6) Ulama dan cabaran pemikiran Islam semasa.
7) Ulama dan isu-isu politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
8) Ulama dan isu akidah, perundangan, dakwah dan pendidikan.
9) Ulama dan transformasi negara.

Tarikh-tarikh Penting :
1) Tarikh akhir penerimaan abstrak 15 JUN 2013
2) Tarikh pengesahan penerimaan abstrak 30 JUN 2013
3) Tarikh akhir penerimaan kertas kerja penuh 31 JULAI 2013

Untuk keterangan lanjut :
SEKRETARIAT NADWAH ULAMA NUSANTARA V
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-89215550 / 03-89213079 / 03-89213080
Faks : 03-89213185
E-mail : nadwahulama@gmail.com
Web : http://www.ukm.my/nun/

No comments:

Post a Comment