http://www.ipgkpm.edu.my/portal/forum/viewthread.php?thread_id=412&pid=453#post_453
Assalamualaikum.
Semua pelajar berkenaan dikehendaki mendaftar di www.jobsmalaysia.gov.my. Bagi pelajar yang belum pernah mendaftar di jobsmalaysia, anda dikehendaki klik pada pencari kerja dan daftar akaun baru.
Perhatian!
Pada ruangan Pilihan Sektor Pekerjaan - Pilih SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP).
Pada ruangan Pilihan Jawatan - Pilih PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS).
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan anda tidak akan dipanggil untuk temuduga dan penempatan.
Segala maklumat yang dimasukkan ke dalam portal adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.
Harap maklum.
Saturday, 1 June 2013
Tuesday, 14 May 2013
Monday, 6 May 2013
UNDANGAN MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V 9-10 SEPTEMBER, BILIK SENAT, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI.
Tema Kertas Kerja :
1) Biografi ulama dan sumbangan mereka.
2) Ketokohan ulama nusantara.
3) Ulama dan epistemologi nusantara.
4) Ulama dan kebangkitan Islam.
5) Jaringan ulama nusantara dan timur tengah.
6) Ulama dan cabaran pemikiran Islam semasa.
7) Ulama dan isu-isu politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
8) Ulama dan isu akidah, perundangan, dakwah dan pendidikan.
9) Ulama dan transformasi negara.
Tarikh-tarikh Penting :
1) Tarikh akhir penerimaan abstrak 15 JUN 2013
2) Tarikh pengesahan penerimaan abstrak 30 JUN 2013
3) Tarikh akhir penerimaan kertas kerja penuh 31 JULAI 2013
Untuk keterangan lanjut :
SEKRETARIAT NADWAH ULAMA NUSANTARA V
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-89215550 / 03-89213079 / 03-89213080
Faks : 03-89213185
E-mail : nadwahulama@gmail.com
Web : http://www.ukm.my/nun/
Labels:
SCHOOL
Location:
43000 Ukm Bangi, Selangor, Malaysia
Friday, 3 May 2013
ASSALAMUALAIKUM ...
sesiapa yang berminat untuk menyertai Seminar ini, sila buat pembayaran ke dalam akaun MAYBANK ISLAMIC. Butiran akaun seperti berikut:
Nama Akaun : K FIQH SDN BHD
No. Akaun : 5 6 4 7 9 9 1 1 8 0 3 7
Bayaran
1. RM190 seorang
2. RM350 berpasangan (Suami Isteri)
Selesai membuat pembayaran, mohon untuk SEGERA isi borang maklumat di bawah. Jika tidak, penyertaan anda tidak akan diSAHkan.
PERHATIAN : Bagi peserta yang ingin menarik diri, anda dikehendaki mencari pengganti selewat-lewatnya 01 Jun 2013 dan memaklumkan kepada pihak kami.
Monday, 29 April 2013
.:: never be replace::.
Sunday, 31 March 2013
Borang e-Refleksi Untuk Pelatih-pelatih KDC KPLI MOD LPBS j-QAF Ambilan Januari 2012
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian yang dirahmati Allah SWT
sila layari laman web ini http://e-refleksi.netii.net/
Monday, 21 January 2013
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, marilah kita merafa’kan
kesyukuran kepada Allah s.w.t serta
memperbanyakkan pujian kepada Allah s.w.t. Segala pujian hanya layak kepada
Allah s.w.t. Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w serta
ahli keluarga dan para sahabat baginda yang telah mengembangkan Islam ke
seluruh pelusuk dunia. Bersempena dengan 12 Rabiulawal 1433H iaitu 5 Feb 2012,
umat Islam diperingatkan mengenai kelahiran Rasulullah s.a.w dan juga kewafatan
baginda Rasulullah s.a.w.
Peristiwa kelahiran Rasulullah s.a.w
dicatatkan dengan peristiwa pelanggaran tentera bergajah yang dipimpin Abrahah
untuk memadamkan sinar di ka’bah dan pelbagai keajaiban yang berlaku pada waktu
kelahiran itu. Manakala peristiwa kewafatan baginda memberi kesan emosi yang
mendalam kepada para sahabat dan seluruh umat baginda. Namun begitu, pemergian
baginda lebih penting, turut meninggalkan khazanah ilmu dan panduan kepada
manusia untuk hidup di muka bumi ini yakni Al-Quran dan Sunnah.
Sebagai seorang Muslim, kita telah
diperingatkan setiap tahun mengenai kelahiran
Rasulullah s.a w. Hal ini berlaku saban tahun melalui sambutan
memperingati kelahiran Rasulullah s.a.w. pada 12 Rabiul Awal di seluruh pelosok
negara. Mungkin ramai yang terlupa, tarikh itu jugalah tarikh kewafatan
Rasulullah s.a.w ketika berumur 63 tahun di sisi Saidatina Aisyah r.a.
Sepanjang hayat Rasulullah s.a.w merupakan limpahan sinar yang terang benderang
kepada penduduk dunia ini. Justeru, seterusnya kita yang bergelar Muslim ini
hendaklah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai tokoh agung yang kita ikuti dalam
segenap aspek lapangan hidup. Hal ini seperti dalam firman Allah s.w.t, surah
Al Ahzab ayat 21:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada
diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
Maka apakah kita bertindak membelakangi
firman Allah s.w.t dengan melantik
artis-artis dan tokoh-tokoh yang tidak islami sebagai contoh hidup kita?
Ditakuti bahawa tindakan kita itu sebagai tidak mengakui keunggulan Rasulullah
s.a.w dalam kehidupan kita. Sebagai
contoh, hal tersebut boleh berlaku kerana hati kita sudah tidak berminat
mengambil tahu apakah pakaian dan makanan kegemaran Rasulullah s.a.w. Kita lebih
gemar mengetahui makanan dan pakaian kegemaran artis yang tidak menutup aurat
dan tidak mengikut syariat Islam. Lebih buruk lagi, apabila kita sebagai
seorang Muslim menghina, mencemuh dan memfitnah perjuangan Islam yang
diwariskan Rasulullah s.a.w kepada kita kini? Apakah hati, mulut dan tangan
kita telah digunakan untuk menghancurkan perjuangan Islam. Maka janganlah
sesekali mengungkap kalimah ‘Aku cintakan Rasulullah’ kerana kita tidak pernah
mencintai Rasulullah s.a.w bahkan berpura-pura. Mohon dijauhkan kita dari
perkara tersebut.
Justeru itu, bersempena sambutan Maulidur
Rasul pada 1433H ini Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia
menyeru kepada seluruh masyarakat kampus khususnya mahasiswa-mahasiswi agar
kembali menilai diri, apakah kita menjadi umat Nabi Muhamad s.a.w hanya pada
kalimah nama? Marilah kita membuktikan kecintaan kita kepada Allah dan
Rasulullah s.a.w dengan mengamalkan Islam yang syumul dan selengkap-lengkapnya.
Hal ini difirmankan Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 208:
"Wahai orang-orang yang beriman!
Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum hakamnya, dan
janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh
bagi kamu yang terang dan nyata."
Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai contoh
kita dalam kehidupan seharian. Seluruh kehidupan baginda adalah terjemahan
kepada Al-Quran. Para sahabat pernah bertanyakan kepada ummul mukminin Aisyah
r.a.mengenai akhlak Rasulullah lalu Aisyah r.a menjawab: "Akhlak Rasulullah
adalah Al-Quran."
Buanglah segala persepsi negatif dan alasan
dalam diri kita mengenai Islam, Rasulullah s.a.w dan perjangan menegakkan
Islam. Jernihkan kembali dan aturkanlah diri kita dalam saff perjuangan Islam.
Akhir kata, saya mewakili seluruh saf pimpinan PMIUSM mengucapkan selamat
menyambut Maulidur Rasul kepada semua masyarakat Islam di Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)


